5 TIPS untuk mendapat 'muka Berkat'
Assalamualaikum... sape nak muka dia nampak cantik dan berseri selalu??? of course la semua nak kan...di sini
saya nak kongsikan sedekit 5 tips untuk 'mendapat muka berkat'.
muka adalah jelmaan hati. Hati yang tenang, akan mempengaruhi wajah, dan memencarkan ketenangan juga. Antara cara mendapat 'muka berkat' ini ialah:
1) Berzikir dan membaca al-quran.
amalan-amalan ini dapat memberi ketenangan hati yang akan terpancar melelui wajah seseorang.
2) sentiasa berwuduk dan menyempurnakan solat.
wuduk bererti membersihkan anggota2 badan yg penting, yg zahir apabila berhadapan dengan orang
termasuk wajah. Wajah yang selalu sujud (solat) pada Allah s.w.t akan terserlah serinya.
Imam Ibnu Kathir dalam kitab tafsir al-Quran al-Azim ketika menghuraikan ayat surah al-Fath, ayat 29, telah mendatangkan beberapa pandangan ahli tafsir mengenai tanda-tanda yg terdapat pada orang yang mendirikan solat. Antaranya, solat akan mencantikkan wajah. Beliau juga telah mendatangkan sepotong hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "sesiapa yang banyak melakukan solat sunat di waktu malam, mukanya akan cantik (bercahaya) pada siangnya."
3) Amalkan perkara2 sunat seperti senyuman dan bermanis muka.
"senyumanmu pada wajah saudaramu itu adalah satu sedekah." Dan "Janganlah kamu memperkecilakn
perkara yang baik walaupun sekadar bermanis muka apabila berjumpa saudaramu." (hadis sahih)
4) hindari maksiat.
maksiat yg kita lakukan akan 'mengeruhkan' wajah. Lihat saja anak2 kecil yg bersih daripada dosa,
walaupun mereka tidak mempunyai gigi, tetapi senyuman mereka tampaqk comel. Bagaimana pula kalau
kita senyum tanpa gigi?!
5) pemakanan yang halal dan berkhasiat.
hindari pemakanan yg haram dan memudaratkan. Amalkan pemakanan yg berkhasiat kerana jika tersalah
makan ia akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit yang boleh memberi kesan kepada air
muka atau rupa wajah.
sumber: majalah IMAN 3.... jom sama kita amalkan, dan semoga bermanfaat utk kita.

No comments:
Post a Comment